Tuesday 25 March 2014

Tioman Island again.(Gng kajang)

Kali ini Zanna  menyempit kat trip Samz Adventures.....dia orang semua nak daki Gunung kajang dan kebetulan pula gunung tu terletak kat Pulau Tioman so Zanna pun join sekaki...;-).
21 March 14 (malam) kami bertolak dari Kedai Samz Adventures,Jalan Reko kajang ke Tanjung Gemuk,Rompin.Tiba disana (5am++) 22 March 14.

Foto di jeti tanjung gemuk....sebelum bertolak ke kampung Paya.Kak ina sibuk menulis nama-nama peserta untuk senarai penumpang ferry, yang lain menonton sajalah termasuk aku hahaha.



Kami bertolak dari jetty Tanjung gemuk menaiki ferry 6am.
Permandangan yang indah menyambut kedatangan kami ke Kg.Paya.
Terasa kedamaian bila menatapi ketenangan dan kecantikan ciptaan yang maha esa.


Sebahagian peserta trip yang menyertai trip Gunung Kajang,Tioman.
Foto-foto semasa tiba di jeti dan campsite Kg.Paya.
Khemah dan fly ground di pasang untuk tempat kami bermalam.Dalam masa yang sama makanan pun di masak, juadah kami yang kelaparan saat itu spaggetti....emm sedap masakan kak ina.setelah perut diisi kami ke pantai mandi-manda dan snokkeling.setelah puas kami kembali ke campsite.sebelah petang kami ke air terjun yang di gelar rockfall oleh penduduk kampung paya.
Malam takde aktiviti yang kami buat cuma masak makan malam,makan,berbual-bual kemudian rest kerana esok peserta trip akan mendaki gunung kajang.Berakhirlah aktiviti hari pertama di Kg.Paya.

2 comments:

  1. Assalamualaikum.. Salam kenal.. Boleh tahu tak berapa bajet ke pulau tioman ni siap naik ke gunung.. Trima kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry dah lama tak aktif blog,jika minat hiking or travel blh call/whatsapp 0192695075(Samz Adventures)

      Delete